Antara Kajang, Putrajaya & Selangor

"Keputusan ini perlu bagi perkukuhkan parti. Keputusan ini akan membawa kebaikan di peringkat kerajaan dan Selangor. Bermulanya langkah di Kajang, Pakatan Rakyat akan melangkah dengan lebih tegap ke Putrajaya."
- Bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh pada program taklimat jentera PKR di Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat, Kajang pada 29 Januari 2014.

1. Sukar untuk difahami logik di sebalik strategi Anwar Ibrahim bertanding di DUN Kajang sebagai persiapan untuk ke Putrajaya. Boleh dikatakan tindakan itu di luar tabii.

2. Katakan kita ingin bermastautin di Putrajaya. Sudah tentu kita akan berusaha membeli rumah di sana.

3. Agak pelik bila kita 'bersetinggan' di Kajang dengan harapan kita akan dapat bermastautin di Putrajaya. Walaupun bersebelahan, Kajang tetap Kajang dan Putrajaya tetap Putrajaya.

4. Agak di luar tabii juga apabila rumah yang hendak didiami di Kajang itu sudah ada tuannya. Terpaksa pula tuan rumah keluar supaya setinggan boleh masuk. Seolah-olah ada persamaan pula dengan pengusiran orang Arab dari Palestin bagi membolehkan rejim Zionis Yahudi menubuhkan negara haram Israel.

5. Hairan juga mengapa Anwar tidak bertanding di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Sebagai 'pemimpin bertaraf dunia', Anwar sepatutnya tidak mempunyai masalah bertanding di mana-mana sahaja kerusi Parlimen di Malaysia.

6. Lebih di luar tabii lagi, Anwar dalam ceramah di Permatang Pauh pada 2 Februari 2014 mengakui tindakan mengosongkan DUN Kajang adalah untuk menyelesaikan masalah dalaman di Selangor. Kenapa pula masalah dalaman perlu diselesaikan dengan bertanding di Kajang? Tidak bolehkah sama-sama duduk berpakat? Nama pun pakatan rakyat.

7. Kesimpulannya, apa yang berlaku di Kajang memang di luar tabii.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Dah itu dinamakan pakatan luar tabii....alasan demi alasan akan terbit setiap hari menjelang hari pengundian....mungkin akan ada penambahan 40000 bangla mengundi di Kajang!

    BalasPadam