Peguam Yayasan Kubra nafi mahkamah arah henti kerja roboh kuil

 

Berikut adalah kenyataan peguam Yayasan Kubra, Muhammad Hariz Md. Yusoff pada 13 Mac 2026:

Berkaitan keputusan Mahkamah Majistret Selayang pada 13.03.2026 berkaitan aduan kuil haram di tanah Yayasan Kubra:-

Selaku peguam Yayasan Kubra yang telah menghadiri sidang Mahkamah Majistret pada pagi tadi 13 Mac 2026, berikut adalah catatan saya situasi yang berlaku di Mahkamah:-

1. Permohonan aduan pihak kuil haram dibuat di bawah peruntukan Seksyen 99(1) Kanun Tatacara Jenayah berkenaan pertikaian terhadap tanah (termasuk bangunan) yang didakwa kononnya berlaku gangguan kenteraman awam.

2. Peruntukan Seksyen 99 Kanun Tatacara Jenayah di bawah Bab Pertikaian Mengenai Harta Tak Alih hanya berfokus kepada (1) pertikaian mengenai tanah dan (2) wujudnya atau barangkali wujudnya gangguan kepada ketenteraman awam. Bukan sama sekali menyentuh kepada bidangkuasa menentukan hak milik berdaftar atau geran milikan tanah tersebut. Fokus untuk elak berlakunya sebarang gangguan ketenteraman awam. Itu sahaja.

3. Permohonan dibuat oleh pihak kuil haram adalah di Mahkamah Jenayah dan BUKAN di Mahkamah Sivil. Maka di sini adalah jelas apabila aduan oleh kuil haram adalah tiada kaitan langsung dengan penentuan hak milik berdaftar Yayasan Kubra ke atas tanah tersebut dan jelas dibentangkan oleh kuil haram bahawa mereka tidak mempertikaikan hak milik berdaftar Yayasan Kubra.

4. Saya selaku Peguam Yayasan Kubra telah hadir seawal jam 9.00 pagi bersama Ustaz Ismail Mina dan Tuan Ariff Omar namun difahamkan prosiding bermula pada jam 11.30 pagi manakala pihak kuil haram hadir bersama peguamnya dan penyokong-penyokong kuil haram termasuk Arun Dorasamy.

5. Yayasan Kubra menjelaskan fakta bahawa berdasarkan laporan media kononnya kuil haram telah memfailkan tindakan sivil di Mahkamah Majistret Shah Alam. Namun apa yang diserahkan adalah berkaitan suatu aduan bersama akuan segera di bawah Seksyen 99 KTJ difailkan pada 3 Mac 2026 di Majistret Selayang. Mahkamah menetapkan tarikh 13 Mac 2026 bagi Pengurusan Kes.

6. Pada hari ini 13 Mac 2026, berlakulah prosiding tersebut. Peguam Yayasan Kubra menzahirkan bantahan YK kepada Mahkamah dengan cara opposed ex-parte. Bantahan utama ialah (1) Tiada pertikaian tanah pun; dan (2) Tiada pecah aman berlaku pun. Namun, Mahkamah menolak permohonan opposed ex-parte YK tersebut.

7. Pendengaran hanya didengar secara sebelah pihak (ex-parte). Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah awalan bahawa:

Aduan merupakan satu pertikaian tentang harta tak alih di Rawang, Selangor.

Mahkamah mendapati sebuah kuil telah wujud sejak tahun 1995, sedangkan pemilik berdaftar hanya memiliki tanah tersebut sekitar tahun 2021.

8. Mahkamah menyatakan pertikaian ini berpotensi mengugatkan ketegangan masyarakat setempat. Mahkamah berpuas hati pematuhan Seksyen 99(1) KTJ dipenuhi.

9. Mahkamah memerintahkan pihak-pihak hadir untuk 1 pendengaran di bawah Seksyen 99(4) KTJ. Isu terhad kepada actual possession sahaja.

10. Media melaporkan Mahkamah Majistret mengeluarkan arahan kerja roboh kuil dihenti sementara. Namun tiada sebarang perintah sedemikian dilafazkan oleh Majistret Selayang.

11. Kenyataan media tersebut mengelirukan. Sebarang manipulasi boleh dikenakan tindakan penghinaan Mahkamah.

12. Anakguam YK mengarahkan untuk mendapatkan alasan penghakiman Majistret termasuk nota prosiding Mahkamah bagi tujuan semakan di Mahkamah Tinggi.

13. YK menyeru semua pihak agar tidak memanipulasikan masyarakat dengan andaian bahawa Mahkamah mengarahkan sedemikian sedangkan tiada pun arahan dikeluarkan.

14. YK bersedia mengemukakan fakta dan keterangan di Mahkamah pada waktunya. Baru peringkat ex-parte. Tunggu inter-parte.

BACA LAGI







Catat Ulasan

0 Ulasan