Ariel Sharon menjadi bangkai

1. Setelah lapan tahun terlantar akibat serangan angin ahmar, si penyembelih Sabra dan Shatila, Ariel Sharon hari ini dicabut nyawanya dan menjadi bangkai. Sudah tentu rohnya akan dihumban ke neraka untuk diseksa selama-lamanya.

2. Umat Islam di seluruh dunia mempunyai sebab untuk bergembira bagi meraikan kematian Sharon.

3. Namun, kegembiraan kita tidak berpanjangan kerana Palestin masih lagi berada di bawah cengkaman rejim Zionis Israel.

4. Kita boleh memuaskan hati sendiri dengan melontarkan maki hamun, sumpah seranah dan cerca nista ke atas bangkai Sharon tetapi hakikatnya, Palestin masih dijajah.

5. Usaha membebaskan Palestin memerlukan gerakan massa yang mantap oleh umat Islam di seluruh dunia. Tidak cukup sekadar melontarkan kata-kata retorik mengecam kezaliman Israel sedangkan kita masih bersekongkol dengan sekutu-sekutu negara haram tersebut.

6. Umat Islam masih lemah dalam segala aspek khususnya ketenteraan, ekonomi dan teknologi. Kita juga sering bercakaran sesama sendiri sehingga lupa siapa musuh yang sebenar.

7. Kita melancarkan kempen boikot barangan yang ada kaitan dengan Israel dan sekutu-sekutunya setiap kali Tebing Barat dan Gaza diserang. Marah kita tidak lama. Kurang sebulan, kita kembali membeli barangan mereka.

8. Kita rajin menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup menderita tetapi kita tidak berminat menjadi kuasa ekonomi global yang boleh mengimbangi kegiatan buli Amerika Syarikat yang mahu dunia berada di bawah telunjuknya.

9. Untuk membebaskan Palestin, umat Islam tiada pilihan selain daripada bersatu. Dalam masa yang sama, kita mesti menguasai bidang ekonomi, ketenteraan dan teknologi.

10. Tanamkan semangat ingin membebaskan Palestin dalam diri kita dan anak-anak. Jika kita masih terlena, hajat untuk mengerjakan solat di dalam Masjidil Aqsa hanya tinggal sebagai impian yang entah bila akan kunjung tiba.

Catat Ulasan

0 Ulasan