Tentera laut rejim Zionis Israel buli nelayan Palestin di perairan Gaza

     Gambar: Palestinian Information Center

Tentera laut rejim Zionis Israel melepaskan tembakan terhadap nelayan-nelayan Palestin dan bot mereka di perairan Khan Younis di selatan Gaza pada waktu pagi 11 Disember.

Palestinian Information Center melaporkan, tindakan itu dilakukan oleh tentera laut rejim walaupun nelayan-nelayan terbabit menjalankan aktiviti perikanan di dalam zon yang dibenarkan.

Akibatnya, mereka terpaksa berpatah balik ke pantai.

Bot-bot perang Israel mengganggu nelayan Gaza hampir setiap hari dengan menembak dan merosakkan bot-bot mereka.

Dalam beberapa insiden, nelayan-nelayan Gaza cedera atau terbunuh dalam serangan tentera laut rejim Zionis Israel.

Di bawah perjanjian Oslo 1993, nelayan-nelayan Palestin dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 20 batu nautika di perairan Gaza.

Namun, rejim Zionis Israel mencabuli perjanjian itu dengan mengehadkan zon perikanan hanya antara tiga hingga enam batu nautika sahaja sejak kerajaan haram tersebut menguatkuasakan sekatan ke atas Gaza.

Sumber: https://english.palinfo.com/news/2019/12/11/Israeli-navy-attacks-fishermen-in-northern-waters-of-Gaza


 


Catat Ulasan

0 Ulasan