Polis rejim Zionis Israel tahan enam rakyat Palestin selepas solat di Masjid al-Aqsa


Kebenaran yang diberikan oleh rejim Zionis Israel kepada umat Islam dari negara-negara lain untuk menziarahi Masjid al-Aqsa merupakan satu tindakan yang hipokrit semata-mata.

Sebaliknya, mereka mengamalkan sikap dwistandard dengan mengganggu, mengasari dan menahan umat Islam Palestin yang ingin beribadat di dalam masjid ketiga paling suci dalam Islam itu.

Memetik laporan The Palestinian Information Center pada 17 Disember 2019, polis rejim Zionis Israel menahan lima gadis dan seorang pemuda Palestin berhampiran ruang solat Bab al-Rahma di dalam Masjid al-Aqsa.

Saksi-saksi memberitahu, mereka ditahan selepas menunaikan solat pada waktu tengah hari.

Mereka yang ditahan ialah Maram al-Natsha, Aya Ashour, Tala Naser, Doha Ghazzawi, Mayar al-Natsha and Jamal Asali.

Enam rakyat Palestin tersebut seterusnya dibawa ke pusat tahanan al-Qashla di Jerusalem.

Polis rejim mengganggu rakyat Palestin yang beribadat di Masjid al-Aqsa setiap hari dengan mengenakan pelbagai sekatan serta menahan atau menghalang mereka daripada menunaikan solat di dalamnya.

Sumber: Israeli police arrest six Palestinians near Aqsa Mosque



Catat Ulasan

0 Ulasan