Photo: The Palestinian Information Center
Delegasi pemimpin-pemimpin kanan Hamas tiba di Malaysia pada 18 Disember 2019 (Rabu) untuk menyertai Sidang Kemuncak Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Memetik laporan The Palestinian Information Center, Hamas dalam kenyataan ringkas memberitahu, delegasi itu terdiri daripada Mousa Abu Marzouk, Khalil al-Hayya, Izzat al-Resheq, Husam Badran, Sami Abu Zuhri, Osama Hamdan dan Jamal Isa.
Sidang kemuncak itu juga akan dihadiri oleh Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogan, Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani dan Presiden Iran, Iran Hassan Rouhani serta delegasi negara-negara Islam yang lain.
Sumber: Hamas delegation arrives in Malaysia
0 Ulasan