Photo: The Palestinian Information Center
Hamas membidas Amerika Syarikat (AS) kerana membantah keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk menyiasat jenayah perang yang dilakukan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.
Memetik laporan The Palestinian Information Center, Hamas menyifatkan tindakan AS itu sebagai usaha melindungi kekejaman dan pencabulan yang dilakukan oleh rejim di Palestin.
Jurucakap Hamas, Hazem Qasem turut menuduh pentadbiran AS menggalakkan rejim Zionis Israel melakukan lebih banyak tindakan jenayah terhadap rakyat Palestin.
Malah, beliau menggelarkan pentadbiran Presiden AS, Donald Trump sebagai rakan subahat rejim Zionis Israel.
Pada 20 Disember lalu, ketua pendakwa raya ICC mengumumkan hasratnya untuk membuka siasatan terhadap jenayah perang di wilayah-wilayah Palestin yang dicerobohi rejim.
Sumber: Hamas - US insists on covering Israel's crimes against our people
0 Ulasan