Canon Kekal Sebagai Peneraju Global Dalam Industri Percetakan


SHAH ALAM 1 APRIL 2020 – Para pemain dalam industri percetakan sentiasa menghadapi cabaran-cabaran baru untuk mengekalkan dan mengembangkan perniagaan mereka dengan adanya teknologi persaingan baru, perubahan dinamik pasaran, permintaan lebih tinggi dari pelanggan, pesaing-pesaing baru dan pelbagai faktor lain.

Kesemua realiti ini telah memberi impak berterusan kepada pemain-pemain industri dan menggesa mereka untuk mengambil pendekatan baru dalam perniagaan masing-masing.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd (Canon) kekal teguh sebagai peneraju dalam industri percetakan dan telah dinobatkan oleh IDC, sebuah firma penyelidikan global, sebagai jenama Pencetak Inkjet No. 1 selama 24 tahun berturut-turut dan jenama Pencetak Laser selama 5 tahun berturut-turut di Malaysia.

Keputusan ini adalah berdasarkan hasil penemuan IDC Asia/Pacific Quarterly Hardcopy Peripherals Tracker 2019Q4.

IDC Asia/Pacific Quarterly Hardcopy Peripherals Tracker memberi gambaran menyeluruh dan analisis mendalam ke atas industri percetakan di rantau ini pada setiap suku tahun. 

Dalam penilaian antara 13 buah negara di Asia Pasifik (kecuali Jepun), Canon diiktiraf kerana menawarkan rangkaian menyeluruh pencetak inkjet berkelajuan tinggi dan pencetak laser berdasarkan kadar penghantaran dan hasil pengguna akhir.

Sandy Lee, Ketua Jabatan Produk Sistem Pengguna di Canon Marketing Malaysia, berkata keputusan ini membuktikan komitmen Canon untuk menghasilkan penyelesaian yang menyeluruh dan boleh diharap, yang membantu perniagaan dan pengguna individu di rumah untuk meningkatkan produktiviti kerja.

“Kami gembira kerana terus mendapat sokongan padu dari pelanggan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana, dan kekal sebagai peneraju pasaran Pencetak Inkjet dan Pencetak Laser selama 24 tahun dan 5 tahun berturut-turut.

"Ini sememangnya sukar untuk dicapai, terutamanya dalam industri yang amat kompetitif,” katanya.

Canon yang menawarkan lebih daripada 40 model Pencetak Inkjet dan lebih 35 model Pencetak Laser kepada perniagaan, telah memperkenalkan rangkaian Pencetak Inkjet dan Pencetak Laser pada tahun 2019 untuk pasaran sasaran yang luas.

Pencetak Inkjet 

Buat pertama kalinya, Canon telah memperkenalkan pencetak Monokrom - PIXMA GM2070 dan GM4070 – yang direka khas untuk pasaran perniagaan-ke-perniagaan. Model PIXMA G5070, G6070 dan G7070 pula merupakan model atasan pencetak Tangki Dakwat perniagaan-ke-perniagaan yang lebih cekap, produktif dan efektif kos, yang didatangkan dengan keupayaan suapan yang lebih tinggi, dupleks auto dan pelbagai ciri tambahan lain.

Model lain untuk pencetak kegunaan rumah - E3370, TS707, TS5370, TS6370 dan TS8370 juga telah dilancarkan dan pengguna di rumah boleh bekerja dengan bijak menggunakan pencetak Semua-dalam-Satu.

Rangkaian ini ideal untuk penggunaan di rumah terutamanya untuk cetakan gambar; pengguna boleh menikmati pengendalian tanpa wayar melalui peranti pintar dan cloud dengan aplikasi Canon Print.

Pencetak Laser

Canon juga memperkenalkan enam model imageCLASS. Pencetak Fungsi Tunggal Laser Monokrom imageCLASS LBP226dw, LBP228x dan LBP325x amat sesuai untuk kegunaan pejabat kecil dengan keupayaan cetakan sebanyak 42 muka surat seminit dengan resolusi cetakan sebanyak 1,200 x 1,200 dpi.

Pencetak laser kompak ini didatangkan dengan saranan cetakan bulanan sehingga 7,500 muka surat. Ia juga dilengkapi dengan keupayaan sambungan Gigabit ethernet, tanpa wayar dan sambungan terus.

Selain itu, Pencetak Laser Monokrom Semua-dalam-Satu imageCLASS MF445dw, MF449x dan MF543x dihasilkan untuk menyokong perniagaan yang sedang berkembang, yang memerlukan tahap produktiviti yang tinggi serta pertumbuhan yang lestari.

Pencetak-pencetak laser Semua-dalam-Satu ini juga mempunyai Application Library yang membolehkan pengguna menyimpan dan mencetak borang yang sering digunakan secara terus dari peranti, atau mengedarkan dokumen secara elektronik melalui destinasi pra-tetap dengan hanya menekan satu butang.

Bersedia untuk Masa Hadapan

Wabak yang sedang melanda dunia sekarang memberi kesan kepada pelbagai industri dan telah memaksa banyak perniagaan untuk mempertimbangkan semula struktur kos mereka.

Sebagai penyedia teknologi yang menawarkan penyelesaian inovatif keseluruhan untuk memudahkan proses perniagaan yang rumit, Canon kekal komited untuk terus menghasilkan pencetak yang mampu menyokong keperluan perniagaan yang sentiasa meningkat, dan memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan.

“Dalam keadaan penyebaran wabak ini, perniagaan perlu lebih berhati-hati dengan kos operasi mereka.

"Kami percaya bahawa pencetak pelbagai fungsi dapat membantu banyak perniagaan mengekalkan dan mencapai kecekapan operasi dalam keadaan mobiliti tempat kerja yang kita lalui sekarang.

"Kami percaya dengan konsep bekerjasama untuk manfaat yang boleh dinikmati bersama, dipandu oleh falsafah ‘kyosei’,” tambah Sandy.

Beliau menambah bahawa Canon yakin akan mencatatkan prestasi yang baik dan mengekalkan perkongsian pasarannya pada tahun ini, berbekalkan sokongan budaya inovatif dan komitmen berterusan terhadap penyelidikan dan pembangunan, iaitu sebanyak 8% daripada keseluruhan hasilnya setiap tahun.

Ini membolehkan syarikat tersebut kekal mantap walaupun menghadapi persaingan yang sengit dengan memanfaatkan teknologi canggihnya untuk menghasilkan pelbagai penyelesaian yang memenuhi permintaan pelanggan yang lebih tinggi dengan kepercayaan bahawa Business Can Be Simple.

COVID-19: MAIWP Latih Usahawan B40 Jana Pendapatan

Najib Rayu Pemilik Hartanah Tangguh Kutipan Sewa Semasa Krisis Covid-19

Catat Ulasan

0 Ulasan