Pengerusinya, Dato’ Sri Syed Hussein Alhabshee sangat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada MAIWP untuk melatih usahawan B40 yang terjejas ekoran COVID-19.
Beliau menyambut baik saranan berkenaan dan optimis program tersebut dapat meningkatkan pendapatan golongan ini.
Perdana Menteri ketika mengumumkan pakej Prihatin telah memperkenalkan program kewangan sosial antara Majlis Agama Islam Negeri, institusi perbankan Islam dan rakan-rakan pelaksana utama untuk membantu usahawan B40 dan rakyat yang hilang mata pencarian ekoran COVID-19.
Bagi fasa pertama, MAIWP telah dinamakan untuk memulakan program ini dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad
Menurut Syed Hussien lagi, pengalaman sedia ada MAIWP dalam melatih asnaf akan membantu menjayakan program ini.
“Pada tahun 2019, MAIWP dengan kerjasama SME Corp telah merangka program Asnafpreneur untuk melatih usahawan di kalangan asnaf meningkatkan daya saing perniagaan mereka.
“Program ini terbukti berkesan dengan sebahagian mereka telah berjaya meraih pendapatan bulanan antara RM10,000 hingga RM30,000.
“Bagi membolehkan program yang disarankan oleh Perdana Menteri ini dilaksanakan secepat mungkin, saya telah mengarahkan agar satu jawatankuasa teknikal ditubuhkan terdiri daripada MAIWP, SME Corp dan Bank Islam Malaysia Berhad,” ujarnya.
Jawatankuasa tersebut akan mengenal pasti bentuk bimbingan yang bersesuaian dan efektif untuk dilaksanakan kelak.
MAIWP sebelum ini telah meluluskan peruntukan zakat sebanyak RM25.11 juta dalam membantu golongan asnaf dan pihak yang memerlukan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan dan penularan COVID-19.
Inisiatif Prihatin Berupaya Rancakkan Ekonomi Negara
Presma Cadang Mansuh SST Untuk Tempoh Setahun
CUEPACS Sedia Bantu Kerajaan Tangani Kesan COVID-19
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat - Teks Penuh Ucapan PM
Najib Rayu Pemilik Hartanah Tangguh Kutipan Sewa Semasa Krisis Covid-19
Prasarana Berhasrat Derma Motosikal Baharu Kepada Penunggang Grabfood Terlibat Kemalangan
Sumber Pembelajaran Dalam Talian & Data 4G Percuma Melalui Inisiatif Learn From Home
0 Ulasan