Prasarana Berhasrat Derma Motosikal Baharu Kepada Penunggang Grabfood Terlibat Kemalangan


Susulan kejadian yang melibatkan sebuah Bas Go KL yang tular di media sosial di mana seorang penghantar pesanan makanan ‘GrabFood’ telah mengalami kemalangan pada 24 Mac lebih kurang pukul 2 petang di persimpangan Jalan Raja Chulan, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berhasrat untuk menderma sebuah motosikal baharu bagi membantu mangsa tersebut.
"Prasarana memohon maaf kepada penunggang penghantar makanan GrabFood tersebut dan memohon beliau untuk tampil ke hadapan dan menghubungi Ketua Unit Komunikasi Rapid Bus, Encik Hazimin Sulaiman melalui whatsapp pada nombor telefon 016-6760297,” kata Prasarana dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur pada 26 Mac 2020.


Menurut Prasarana, kapten bas tersebut telah dikenal pasti dan tindakan diambil ke atas beliau sementara menanti keputusan siasatan polis.
“Semua kapten bas yang berkhidmat untuk Rapid Bus melalui program latihan yang komprehensif dan menjalani program latihan semula bagi memastikan mereka memberikan tahap perkhidmatan yang baik dan selamat serta mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas.
“Pihak Prasarana akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan siasatan," tambah Prasarana.
Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 25 Mac 2020.



Catat Ulasan

0 Ulasan