Inisiatif Prihatin Berupaya Rancakkan Ekonomi Negara




KUALA LUMPUR 28 Mac – Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat Prihatin (Prihatin) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berupaya merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Pengerusi Kelab Usahawan Saudagar Merah Terbilang (GREAT), Zhafirin Mat Yusof berkata, inisiatif itu akan memulihkan aktiviti aliran tunai dalam negara.

“Melalui sudut ekonomi pula bukan sahaja rakyat malah negara juga berkongsi manfaat yang sama kerana secara langsung akan merancakkan kembali aktiviti pengaliran tunai dalam negara yang terjejas akibat wabak COVID-19 sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

"Dengan bantuan yang disalurkan kepada usahawan-usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), aktiviti perniagaan dapat diteruskan dengan lancar ditambah dengan keupayaan membeli daripada rakyat ianya akan melonjakkan lagi serta memberi kestabilan pasaran dalam negara sekali gus memberi pulangan serta perolehan kepada kerajaan," katanya.

Beliau turut menyifatkan inisiatif Prihatin bersifat menyeluruh dan memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat di negara ini.

Presma Cadang Mansuh SST Untuk Tempoh Setahun

CUEPACS Sedia Bantu Kerajaan Tangani Kesan COVID-19

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat - Teks Penuh Ucapan PM

Najib Rayu Pemilik Hartanah Tangguh Kutipan Sewa Semasa Krisis Covid-19

Prasarana Berhasrat Derma Motosikal Baharu Kepada Penunggang Grabfood Terlibat Kemalangan

Sumber Pembelajaran Dalam Talian & Data 4G Percuma Melalui Inisiatif Learn From Home

Soalan Lazim Asas Pengeluaran i-Lestari

Catat Ulasan

0 Ulasan