CUEPACS Sedia Bantu Kerajaan Tangani Kesan COVID-19



KUALA LUMPUR 27 Mac 2020 - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhimatan Awam (CUEPACS) bersedia membantu usaha kerajaan menangani kesan COVID-19 dari segi kewangan dan tenaga.

Berikut adalah kenyataan penuh Presiden CUEPACS, Adnan Mat:

CUEPACS merujuk kepada pengumuman oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Mac 2020 berhubung tabung khas bagi memberi bantuan kewangan kepada pihak yang terkesan oleh wabak COVID-19.

CUEPACS menyokong penuh di atas pelancaran Tabung Covid-19 yang dikendalikan oleh NADMA. Tabung ini difahamkan akan digunakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan pelaksanaan PKP disebabkan penularan virus Covid-19.

CUEPACS juga merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua menteri diatas kesanggupan memotong gaji selama 2 bulan untuk disumbangkan dalam tabung Covid-19 ini.

Keperihatinan YB Menteri-Menteri amat-amat di hargai oleh rakyat dan negara.

Sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada rakyat dan rakan penjawat awam yang bertugas di barisan hadapan, CUEPACS juga menyeru kepada semua penjawat awam untuk menyumbang kepada Tabung Covid-19 NADMA sama ada secara individu atau melalui agensi, ketua jabatan, kesatuan gabungan dan CUEPACS.

Sebagai permulaan, CUEPACS akan menyalurkan sejumlah RM 20,000 kepada tabung ini hasil sumbangan kesatuan gabungan CUEPACS.

Adalah disyorkan sumbangan Penjawat Awam ke Tabung Prihatin Convid 19 dibuat melalui pembayaran gaji secara sukarela iaitu melalui gaji bulan April 2020 dan gaji bulan Mei 2020.

Adalah dicadangkan nilai sumbangan ini sebanyak RM10.00 kpd kumpulan Pelaksana 1 dan 2 dan RM20.00 kepada kumpulan  P&P dan keatas.

Bagi Kumpulan Pengurusan tertinggi terpulang kepada keikhlasan mereka. CUEPACS berbesar hati memohon persetujuan Ketua Setiausaha Negara agar cadangan ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh meliputi Anggota Perkhidmatan Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Sumbangan daripada penjawat awam bukanlah satu paksaan tetapi lebih kepada tanda solidariti serta membantu rakan-rakan yang sedang memberikan perkhidmatan di barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, tentera dan sebagainya.

Ia juga sebagai tanda bahawa penjawat awam sentiasa bersama dalam memberi khidmat kepada rakyat dan negara.

CUEPACS juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah pun mengambil langkah awal dengan membuat persetujuan kakitangan lantikan Negeri untuk membuat potongan gaji terus ke dalam tabung Covid-19 negeri.

Begitu juga kepada kesatuan gabungan CUEPACS yang telah membuat sumbangan wang serta barangan dan telah dihantar ke lokasi-lokasi mengikut keperluan.

Pada masa yang sama CUEPACS merujuk kepada satu page di FB berkaitan dengan “Pihak Fronlinear di KKM terpaksa menjahit sendiri PPE”.

CUEPACS telah mendapat cadangan dari Kesatuan KEMAS  melalui Presidennya Haji Abdullah Mohamed Shariff untuk melibatkan KEMAS secara langsung bagi membantu pihak KKM menangani wabak penyakit Covid19  agar Kakitangan KEMAS (PMJahitan) terlibat dalam membantu pihak KKM menyediakan PPE.

PPE ini kini dijahit sendiri oleh jururawat. Dalam kesibukan menjaga pesakit mereka jugalah yang menjahit pakaian pendinding untuk dipakai bagi mengelakkan jangkitan ketika merawat.

Melalui ini secara tidak langsung KEMAS terlibat membantu, kakitangan KEMAS yang sedang stay at home boleh work from home.

KEMAS di antara frontliner membantu membekal PPE kepada apihak hospital.

KEMAS mempunyai kekuatan dan kepakaran (PM jahitan) di seluruh Malaysia yang berkebolehan dan kreatif.

Sebelum ini pihak KEMAS juga telah menjalankan kutipan tabung Covid-19 yang jumlahnya akan diserahkan tidak lama lagi. Ikrar perkhidmatan awam Berkhidmat Untuk Negara.

Akhir kata CUEPACS berharap semua rakyat Malaysia bersatu padu dalam menghadapi dugaan dan krisis ketika ini.

Bersamalah kita berganding bahu tanpa menuding jari bagi mencari kesalahan sama ada penjawat awam atau sesama kita.

Dalam masa yang sama setiap rakyat harus mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dari masa ke semasa bagi memastikan penularan Covid 19 dapat disekat sepenuhnya.

Jangan tunggu hari esok untuk mulakan langkah ini kerana kita mesti menang.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat - Teks Penuh Ucapan PM

Najib Rayu Pemilik Hartanah Tangguh Kutipan Sewa Semasa Krisis Covid-19

Prasarana Berhasrat Derma Motosikal Baharu Kepada Penunggang Grabfood Terlibat Kemalangan

Sumber Pembelajaran Dalam Talian & Data 4G Percuma Melalui Inisiatif Learn From Home

Soalan Lazim Asas Pengeluaran i-Lestari

Bimbang Kesan Ekonomi Akibat Covid-19? Salurkan Maklum Balas Kepada Kerajaan

Kabinet Malaysia mulai 9 Mac 2020

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman, Fakta Yang Anda Patut Tahu





Catat Ulasan

0 Ulasan