Selain itu, CUEPACS turut memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian elaun COVID-19 kepada anggota bomba serta pihak berkuasa tempatan (PBT).
Kenyataan penuh Presiden CUEPACS, Adnan Mat adalah seperti berikut:
Dengan doa semoga semua rakyat serta penjawat awam berada dalam lindungan Ilahi terutama barisan frontliners. Terima kasih atas segala pengorbanan.
CUEPACS mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah melebihi RM250 bilion ringgit.
Semoga semua rakyat mendapat faedah daripada pengumuman yang telah dibuat.
Tiada yang terpinggir dan tiada yang tertinggal, semua lapisan masyarakat mendapat tempat dalam perbentangan tersebut.
CUEPACS merakamkan terima kasih atas kenaikan elaun khas COVID-19 kepada doktor dan petugas kesihatan daripada RM400 kepada RM600.
Ia sedikit sebanyak menyuntik semangat kerja petugas-petugas yang bekerja demi rakyat.
Manakala elaun COVID-19 RM200 juga dipanjangkan kepada petugas yang lain seperti anggota keselamatan.
Dalam masa yang sama CUEPACS memohon pertimbangan khas kerajaan untuk panjangkan pemberian elaun ini kepada pasukan Bomba dan Pihak Berkuasa Tempatan yang juga terlibat secara langsung sebagai frontliner.
Merujuk kepada pengumuman sebelum ini berhubung bayaran balik pinjaman oleh Bank Negara Malaysia, CUEPACS menyeru agar LPPSA menyahut pengumuman itu dengan memberi kemudahan pengecualian potongan pinjaman perumahan kepada penjawat awam sehingga 6 bulan mulai April 2020.
Perkara ini telah dimohon oleh CUEPACS tetapi tiada dalam pengumuman ini.
CUEPACS juga sangat berterima kasih pemberian one-off sebanyak RM500, yang sangat bermakna kepada Penjawat Awam.
Ia sedikit sebanyak membantu penjawat awam terutama golongan B40 membeli barangan makanan dan keperluan harian.
Ikrar Perkhidmatan Awam adalah berkhidmat untuk Negara. Kami telah dilantik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan negara.
Kami akan sentiasa memberi khidmat bakti untuk rakyat dan negara walau apa yang berlaku kepada kami.
CUEPACS Sedia Bantu Kerajaan Tangani Kesan COVID-19
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat - Teks Penuh Ucapan PM
Najib Rayu Pemilik Hartanah Tangguh Kutipan Sewa Semasa Krisis Covid-19
Prasarana Berhasrat Derma Motosikal Baharu Kepada Penunggang Grabfood Terlibat Kemalangan
Sumber Pembelajaran Dalam Talian & Data 4G Percuma Melalui Inisiatif Learn From Home
Soalan Lazim Asas Pengeluaran i-Lestari
Bimbang Kesan Ekonomi Akibat Covid-19? Salurkan Maklum Balas Kepada Kerajaan
Kabinet Malaysia mulai 9 Mac 2020
Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman, Fakta Yang Anda Patut Tahu
0 Ulasan