PM berhak jemput Pas sertai Kerajaan Perpaduan - Wee Ka Siong

 


Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhak menjemput mana-mana parti politik untuk menyertai kerajaan.

Menurut beliau, Perdana Menterimempunyai hak untuk membentuk Kabinet serta menukar mana-mana menteri. 

"Tidak ada sesiapa yang mempunyai hak untuk mempersoalkan keputusannya," katanya dalam hantaran Facebook, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu mengulas kenyataan Anwar dalam wawancara yang disiarkan TIME baru-baru ini bahawa beliau ada menjemput Pas untuk bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.

https://time.com/6321317/malaysia-anwar-ibrahim-interview/?fbclid=IwAR3v2Sxumc0YRYeymq_p24JYRo-fsnpFtCILX_YP9uZCMv6jS3F1jHp3F-s


Ka Siong menambah, jemputan Perdana Menteri kepada Pas untuk menyertai Kerajaan Perpaduan hanya membuktikan satu perkara, iaitu 'dalam politik, tidak ada musuh yang kekal' dan politik adalah seni menjadikan perkara yang mustahil menjadi mungkin.

Beliau memberitahu, PKR dan DAP telah bekerjasama dengan Pas pada 2008 dan 2013 dalam gabungan Pakatan Rakyat dan sebagai parti pembangkang menentang Barisan Nasional (BN). 

"Selain itu, PKR, DAP, dan Pas pernah bersama-sama menjadi kerajaan negeri Selangor. 

"Saya tidak terkejut jika tiga parti ini akan membentuk pakatan lagi di masa depan," jelasnya.

Ka Siong turut mencadangkan kepada pihak media untuk bertanya soalan yang sama kepada Anwar, Pas dan DAP.

"Mereka akan memberikan jawapan yang lebih memuaskan sebagai pihak yang terlibat," katanya.

Catat Ulasan

0 Ulasan