Roslan Shahir Mohd Shahir |
YANG buat tawaran adalah Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim. Yang ditawarkan adalah PAS. Tiba-tiba yang cuak dan gelabah adalah Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam satu wawancara kepada majalah Time, Anwar menyebut bahawa beliau pernah buat tawaran pada PAS untuk menjadi sebahagian dari kerajaan campurannya.
PAS kelihatan tenang dan tidak beri sebarang ulasan manakala Presiden MCA pula mengulas bahawa tawaran itu hak Perdana Menteri.
Tiba-tiba Presiden Umno yang goyang dan beri reaksi negatif. Kononnya PAS ini tidak boleh dipercayai sebagai rakan kongsi. Sesiapa yang ‘berkahwin’ dengan PAS pasti kecewa.
Kenapa Zahid cuak? Sebab Umno kini sebahagian kerajaan campuran Anwar. Tetapi Umno bawah Zahid tidak segagah Umno dulu. Umno kini di paras paling buruk dalam sejarahnya, hanya mampu bernyawa dengan 26 kerusi Parlimen. Itu tidak mengambil kira rekodnya yang tidak disenangi orang Melayu.
Sedang PAS lebih gagah. Bukan sahaja lebih gagah dari Umno dengan 43 kerusi Parlimen hari ini, PAS lah parti terbesar di Parlimen lebih besar dari DAP (40) dan PKR (29).
Orang Melayu telah angkat PAS sebagai jurucakap mereka berdasarkan keputusan PRU15, tidak lagi Umno. Dan PAS hari ini menjadi teraju di 4 negeri majoriti Melayu. Mana tidak Zahid tak cuak.
ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha
PAS Negeri Selangor
0 Ulasan