Akaun bank Chegu Bard disekat, apa puncanya?



Berikut adalah penjelasan Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin (Che'gu Bard) dalam hantaran Facebook pada 9 Februari 2024:

Semalam saya naikkan posting nak jual Hilux saya,  insyaAllah ada dua orang buyer nak tengok Hilux esok (Sabtu). Hilux ni beli tahun 2013 memang untuk berjuang, hutang 9 tahun dan tak salah kalau nak jual untuk menerus perjuangan. Sebab memang sunnah berjuang itu susah dan payah, saya pilih secara sedar tanpa paksa demi agama, bangsa dan negara

Malam ini akan hadir HIMPUNAN & CERAMAH PALESTIN anjuran PAS Johor. Seperti biasa asingkan duit minyak dan tol siap siap. Tiba tiba nak top Touch&Go utk RFID melalui maybank2u tak boleh, katanya transaction limit. Hahaha tak kan lah dengan baki RM619 boleh limit . Fikir maybe problem apps. Then sebentar tadi lepas kira duit minyak tol, teringat bill Maxis tak bayar dan kebetulan ada baki cash bayar le dulu sebab lepas due date bill dah. Tiba tiba account not authorised. Call Maybank dia minta datang cawangan terdekat. Dari baki RM619 dah jadi RM1979. Ada banyak kemasukan kecil kecil. Maka Maybank anggap aktiviti terorist salahguna akaun 😅😂🤣



Setelah dikenal pasti, lepas iklan saya jual hilux semalam ada beberapa sahabat telah membaca dengan sedih dan Salim Iskandar telah lancar sumbangan. Ya Allah sangat menyentuh dan sangat hargai. Semua yang menyumbang. Mujur juga Maybank beku akaun subuh tadi kalau tak siang ni mau puluh ribu ada akaun hahaha.....

Saya merayu jasa baik semua hentikan sumbangan. Malah sumbangan yang saya dapat itu,  saya janji dalam Ramadhan nanti mohon izin saya panjangkan sumbangan tuan puan sebagai sumbangan buat asnaf moga ia menjadi ibadah buat kita semua. Ramai lagi sangat susah diluar sana.

Saya cuma nak jual kereta bukan jual buah pinggang... 😅😂🤣 takpa insyaAllah kita semua sama berjuang. Saya ini tak ada apa apa cuma insan kerdil dengan sumbangan kecil dalam dunia perjuangan yang besar. "LillahitaAlaa" cita cita saya kalau diberi kesempaatan nak susun selipar untuk 313 pimpinan imam saja. Kalau tak, cukuplah dapat "husnul khatimah" diidamkan. Selebihnya Allah jaga anak anak dan isteri isteri saya. Jadi harap semua tenang chill dan relaks saja.

Nak bantu, sama tolonglah jualkan Hilux untuk perjuangan.

Atau nak sangat bantu saya berniaga sila beli sambal ADIWIRA BANGSA klik https://www.wasap.my/60146309656/ordersambal dan lepas beli review.

Sekali lagi saya merayu tolong jangan buat kutipan derma untuk saya atau bagi sumbangan untuk saya sebab takut mak saya baca dia marah saya nanti 😅😂

Namun saya lega, satu saja sebab ramai orang sayang rupanya,  kalau benar sayang paling tidak jom doa mendoakan.. Moga kita semua dalam redhaNya.

Catat Ulasan

0 Ulasan