Cadangan Nga Kor Ming berunsur rasis - Veteran UMN0


Kenyataan Media Veteran UMNO Malaysia:

APA RASIONALNYA UNTUK MENJADIKAN KAMPUNG BAHARU CINA TAPAK UNESCO?

1. Kenyataan Nga Kor Ming mengenai cadangan kementeriannya (KPKT) untuk berunding dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi mendapatkan persetujuan mengisytiharkan beberapa kampung baharu Cina sebagai warisan tapak UNESCO tidak logik dan tidak rasional. Malah cadangan itu berunsur rasis yang bermotifkan politik kaum.

2. Apa yang ada didalam perkampungan itu yang boleh dijadikan nilai sejarah? Bangunan dan rumah asal sudah tidak ada. Kampung yang diujudkan dalam tahun 1948 itu sudah banyak berubah. Di segi infrastrukturnya tidak ada langsung nilai sejarah. Kampung yang berumur 76 tahun itu sudah menjadi kampung yang moden. Generasi awalnya sudah tiada. Yang ada adalah generasi anak cucu mereka.

3. Jadi di mana logiknya cadangan Kor Ming itu?




4. Perlu diingat tujuan pihak British waktu itu (1948) mengujudkan kampung baharu Cina ialah untuk mengasingkan orang Cina dari menyokong komunis. (Walaupun mereka yang dipindahkan itu masih ada yang menyokong komunis). Ianya ada kaitan degan sejarah hitam negara. Jadinya, apakah Kor Ming sengaja membuat cadangan itu sebagai usaha untuk mengekalkan nostalgia sejarah hitam itu? Ianya amat tidak muasabah.

5. Cadangan Kor Ming ini jelas membuktikan dia buta sejarah atau tidak baca sejarah. Atau satu kenyataan rasis bermotif politik kaum. Atau suara sumbang yang sengaja mahu mengeruhkan keharmonian kaum

6. Veteran ingin mengingatkan DAP dan Perdana Menteri supaya berhati-hati dengan pemimpin dan menteri seperti Kor Ming ini. Dia bukan sahaja bahaya kepada Kerajaan Perpaduan tetapi mencabar kedaulatan raja dan sultan yang menjadi Yang Dipertuan bagi negeri Selangor.

7. Veteran UMNO membantah keras cadangan Kor Ming itu dan mendesak Kerajaan Negeri Selangor supaya tidak melayan sebarang permintaan untuk berunding.

Sekian.

DATUK HJ MUSTAPHA YAAKUB
Setiausaha
Veteran UMNO Malaysia.

09 Feb 2024.

Catat Ulasan

0 Ulasan