Port Dickson patut ditukar nama, buang legasi penjajah British


Port Dickson dinamakan sempena Sir John Frederick Dickson, seorang pegawai penjajah British.

Beliau merupakan Setiausaha Kolonial British di Negeri-Negeri Selat pada akhir abad ke-19.

Bandar ini pada asalnya dikenali sebagai Arang, tetapi ia dinamakan semula untuk menghormati Sir Dickson apabila beliau membangunkan kawasan tersebut menjadi sebuah pelabuhan untuk pengangkutan bijih timah dari lombong-lombong berdekatan.

Penubuhan pelabuhan dan pembangunan bandar tersebut adalah sebahagian daripada usaha penjajah British untuk meningkatkan infrastruktur dan aktiviti ekonomi di rantau ini.

Memandangkan nama Port Dickson mempunyai bau penjajahan British, amat wajarlah ia ditukar kepada nama baharu atau dikembalikan nama asalnya.




Alasan nama Port Dickson lebih komersial untuk menarik kunjungan pelancong asing tidak boleh diterima.

Sejak kebelakangan ini, sebahagian besar mereka yang mengunjungi Port Dickson adalah rakyat tempatan.

Biarlah namanya sesuai dengan reputasi sebagai pusat peranginan pantai yang terkemuka di Malaysia.

Jika Telok Anson yang juga dinamakan sempena pegawai penjajah British boleh diubah menjadi Teluk Intan, mengapa tidak Port Dickson?

Catat Ulasan

0 Ulasan