Teresa Kok terima peluru, surat ugutan


Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima surat berbaur ugutan dan dua butir peluru di kediamannya, semalam.

Naib Presiden DAP itu berkata, surat dan peluru tersebut ditemukan dalam sampul yang diletakkan dalam peti surat.

"Bila saya buka sampul surat dan keluarkan kandungannya, saya mendapati dua butir peluru dan satu kertas putih saiz A4 bertulis 'Cibailu Cina?!!! Lu Akan Mati !!! TUNGGU!!!'," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau kemudian membuat laporan dan menyerahkan surat serta peluru tersebut di Balai Polis Petaling. 

Teresa mengesahkan, polis juga telah datang untuk menjalankan pemeriksaan di peti surat di kondominium yang didiaminya. 

Beliau berasa hairan kenapa surat berbaur ugutan dan peluru itu dihantar kepadanya.

"Saya berterima kasih kepada pihak polis atas tindakan pantas selepas saya buat laporan. 

"Saya yakin pihak polis dapat membantu saya dalam kes ini," jelasnya.




Catat Ulasan

0 Ulasan