Blackrock: Puad cabar Kerajaan Madani buat pusingan U

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencabar kerajaan Madani untuk membuat pusingan U bagi membatalkan pembelian 30 peratus saham MAHB kepada GIP yang dimiliki Blackrock.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau dalam Facebook hari ini:

Difahamkan kerajaan boleh U-turn untuk batal pembelian 30% saham MAHB oleh GIP subsidiari syarikat Blackrock pro-Israel. 

Kerajaan wajar buat pertimbangan semula.




Ia konsisten dengan pendirian tegas Malaysia menyokong kemerdekaan Palestin. 

Ia juga bukti Malaysia membantah kedegilan rejim Zionis yang terus membantai Gaza.

Lagi pun lapangan terbang aset strategik yang melibatkan isu kedaulatan. 

Jangan untung secupak rugi segantang.




#mahb #umno #blackrock #madani

Catat Ulasan

0 Ulasan