MN kuda tunggangan PN - Puad Zarkashi


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, Muafakat Nasional (MN) adalah kuda tunggangan Perikatan Nasional (PN)

Berikut adalah kenyataan penuh beliau dalam Facebook hari ini:

Noh Omar kini Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN). Presiden adalah Annuar Musa. Ngamlah tu.

Amat kontras dua nama itu dengan kata keramat Muafakat Nasional. Umpama langit dengan bumi. 




Pastinya perpaduan ummah hanya mimpi disiang hari jika itu yang diharapkan melalui NGO MN. 

Ia jadi platform politik untuk kembali aktif.

Muafakat Nasional kuda tunggangan PN. 

Kalau jadi calon pasti mereka akan bertanding atas tiket PAS dan Bersatu.

NGO MN bukan wujud atas keringat perjuangan ummah. Ia sudah siap didaftar oleh orang lain dan diserah kepada mereka secara percuma. 

Justeru NGO Muafakat Nasional tidak akan pergi jauh kerana ia dipimpin oleh Annuar dan Noh yang tidak ada aura penyatu ummah.

Catat Ulasan

0 Ulasan