Seorang anggota tentera darat hilang semasa operasi


Berikut adalah kenyataan penuh Tentera Darat Malaysia berhubung kehilangan seorang anggotanya hari ini:

Seorang anggota daripada Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang berpengkalan di Kem Kidurong, Bintulu iaitu 1212075 Pbt Muhammad Syafiq Hilmi bin Abd Halim telah didapati hilang ketika sedang bertugas dalam Op UKUR di Limbang, Sarawak bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Sarawak. 




Ketiadaan anggota dikesan pada 18 Jun 2024 lebih kurang jam 1200, ketika Ketua Kumpulan mendapati anggota tiada di posisi belakang kumpulan. 

Kejadian berlaku pada kedudukan di jarak 2 km di atas permatang sempadan Malaysia-Brunei dari tanda sempadan E500 menghala ke arah E600. 



Usaha mencari dan mengesan anggota telah segera dilaksanakan oleh kumpulan tersebut yang terdiri daripada dua (2) anggota TDM dan lima (5) anggota JUPEM, namun gagal menemui anggota.

Usaha pencarian juga telah dipergiatkan oleh TDM mulai19 Jun 2024 di kawasan tersebut dengan melibatkan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Agensi Awam lain yang dikoordinasikan oleh MKN iaitu PDRM dan BOMBA. 

Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) juga telah mengaturgerakan aset mereka dalam membantu usaha pencarian bersama TDM. 


Catat Ulasan

0 Ulasan