Yang berguling atas jalan dulu rupa-rupanya pahlawan palsu - Puad

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengecam sikap pemimpin dan penyokong PH yang bersetuju dengan keputusan Kerajaan Madani menjual 30 peratus saham MAHB kepada anak syarikat milik Blakcrock.

Malah beliau menyifatkan mereka sebagai 'pahlawan palsu'.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau dalam Facebook hari ini:

Mereka yang membantah penjualan saham MAHB pada GIP dianggap berpura-pura jadi pahlawan. 

Ini ungkapan politik terbaik pasca PRU ke 14.

Sebenarnya sebelum PRU ke 14 (2018), ramai berlagak pahlawan. 

Akan turunkan harga minyak, harga kereta, harga tol, hapus PTPTN, hapus rasuah dan tender tertutup.



Mereka berlagak pahlawan sebelum dapat keris (kuasa). 

Tapi bila dapat keris, terus masuk sarung. U-turn pun tidak berani.

Maka siapa yang berpura-pura jadi pahlawan? 

Rupanya yang berguling-guling di jalan raya dan tidur di Dataran Merdeka adalah pahlawan palsu.

Catat Ulasan

0 Ulasan