Zahid menongkah suara akar umbi UMNO dalam isu BlackRock


Isu penjualan 30 peratus saham MAHB kepada GIP yang dimiliki BlackRock pro-15r4el menyebabkan UMNO berada dalam situasi paradoks yang boleh mengundang perpecahan dalaman.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh baru-baru ini telah menegaskan pendirian sayap itu yang membantah penjualan saham MAHB tersebut.

Kemudian, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan pendirian agar langkah yang akan mencetuskan kemarahan orang Melayu dan umat Islam itu tidak diteruskan.

Sebelum itu, Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi juga mengecam langkah tersebut sambil menggesa Kerajaan Madani membuat pusingan U.

Pemimpin-pemimpin akar umbi antaranya Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar dan Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Nazifuddin Najib turut mempersoalkan kewajaran di sebalik keputusan Kerajaan Madani itu.




Ahli-ahli akar umbi pula sudah tentu membantah sekeras-kerasnya usaha yang akan menyebabkan syarikat asing penyokong tegar Z1oni5 memiliki kepentingan dalam MAHB yang menguruskan pintu-pintu masuk negara.

Malangnya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbeza pendirian dan menyatakan sokongan terhadap langkah sumbang Kerajaan Madani.

Malah, beliau semalam menyatakan bahawa kenyataan Tok Mat itu adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili UMNO.

Apakah Zahid sedang mengalami halusinasi yang teruk sehingga menyebabkan beliau tidak dapat menyelami keresahan akar umbi berhubung isu ini?

Mungkin Zahid terlupa bahawa UMNO pernah berjanji akan tetap bersuara mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Islam dalam Kerajaan Perpaduan.

Apakah janji itu telah dibakulsampahkan, sama seperti sumpah keramat 'No Anwar, No DAP, No Bersatu' yang dilaungkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021?

Memang benar Zahid amat setia dengan guru politiknya tetapi ssbahagian besar akar umbi UMNO tidak bersama dengannya dalam hal itu.

Mereka telah menunjukkan protes senyap pada enam PRN yang menyaksikan UMNO beroleh keputusan yang paling memalukan dalam sejarah.

Sekiranya Zahid tidak lagi mampu melangkah seiring dengan akar umbi, eloklah beliau berundur secara terhormat dan memberi ruang kepada pemimpin yang lebih berwibawa untuk menerajui parti.

Tidak perlu tunggu sehingga PRU16 untuk berbuat demikian kerana ketika itu, ia mungkin sudah terlambat untuk memulihkan semula UMNO yang rosak teruk.

Silap-silap UMNO akan terus berkubur sekiranya parti itu memasuki gelanggang PRU16 dengan Zahid sebagai Presidennya.



Catat Ulasan

0 Ulasan