BlackRock: Ketua Pemuda UMNO sekolahkan Timbalan SUA PKR

Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menyekolahkan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Dr Sathia Prakash Nadarajan berhubung isu pembelian saham MAHB oleh anak syarikat BlackRock.

Berikut adalah hantaran Facebook beliau hari ini:

Saya pun tak tahu nak gelak ke nak sedih dengan kenyataan ni. 😂

Kepada Dr Sathia,

Ada beza pegangan saham yang terbuka dengan jual saham secara terus.

Pegangan saham secara terbuka, sesiapa je boleh beli berbanding isu saham MAHB ini dijual secara terus kepada BlackRock. 

Kalau tak faham juga saya bagi analogi macam nilah,saya jual karipap di pasar malam dan sesiapa sahaja boleh beli, berbanding saya buat karipap dan datang rumah kamu dan minta kamu beli karipap yang saya buat.

Kalau tak faham juga, tak tau lah.

Nak tanya juga, dulu kamu turun berguling tak masa petrol naik 20 sen? 

Sekarang tak nak buat ke?





Catat Ulasan

0 Ulasan