BlackRock: Apakah kerajaan bersikap seperti munafik dan flip-flop? - Nazif Najib


Berikut adalah kenyataan penuh Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Nazifuddin Najib berhubung isu penjualan saham MAHB kepada anak syarikat BlackRock:

Terpanggil saya untuk memberikan padangan peribadi perihal pengambilalihan saham milik MAHB oleh syarikat Blackrock ini. 

Umum telah mengetahui siapa yang berada di belakang Blackrock Inc. Ia adalah milikan ISR43L. 

Saya berpendapat bahawa membenarkan atau meluluskan proses pemilikan saham MAHB kepada Blackrock adalah seperti membenarkan musuh kita masuk ke rumah sendiri menggunakan pintu hadapan. 

Dan ini seperti juga menggadaikan maruah yang kita jaga dengan penuh adab dan susila daripada musuh nyata yang selama ini kita pertahankan semenjak kita merdeka.

Meloyakan..! 

Kerajaan kita, selama ini memperjuangkan kemerdekaan Palestin dan menyokong segala usaha berkaitan pembebasan Palestin dari keganasaan yang dilakukan oleh jiran mereka ISR43L, namun tindakan kerajaan membenarkan Syarikat milikan Negara ISR43L untuk memiliki saham syarikat pengurusan lapangan terbang Negara kita yang unggul ini tidak menunjukkan suara Malaysia yang sebenar diperingkat dalaman dan antarabangsa. Tindakan flip flop ini cukup meloyakan. 

Kita juga sedia maklum dengan dunia IT yang tanpa sempadan. Secara logiknya, membenarkan musuh berada didalam negara secara tak langsung, mereka ‘diberikan’ kebenaran untuk mengeksploitasikan maklumat kerahsian negara. 




Harusnya Kerajaan lebih sensitif dengan isu isu keselamatan negara dari mementingkan transaksi menguntungkan untuk seketika dan tanpa sedar meletakkan Negara ini dalam bahaya. 

Sejujurnya saya merasakan bahawa, tiada nilai yang boleh dipertaruhkan untuk keselamatan Negara dan Rakyat yang bernaung dibawahnya.

Khazanah terlupa akan keselamatan negara atau kerajaan yang terlupa..?

Kita cukup menghomati akan sikap korporat Khazanah dalam mentadbir urus harta negara. 

Namun tidakan pembelian saham pengurusan lapangan terbang negara kita ini tidak terletak pada tangan Khazanah, ia terletak pada Kerajaan yang menjadi tonggak tadbir urus serta hala tuju negara. 

Apakah Kerajaan sedar dengan meluluskan urusan jual beli ini, kerajaan membuka ruang kemusnahan yang lebih besar? 

Masih tidak belajar lagi tentang kesilapan kesilapan dahulu terutama para Menteri kini yang dahulunya berada di kelompok pembangkang dan memainkan cukup banyak propaganda yang menghancurkan? 

Pastinya ada sesuatu yang terlepas pandang oleh Kerajaan hingga cadangan untuk mempelawa Blackrock itu telah dijadikan satu ‘kemestian’. 

Mewakili suara suara kecil rakyat, saya berharap Kerajaan untuk tidak meneruskan projek ini. 

Jangan nanti ‘sudah terhantuk baru nak mengadah.’


Catat Ulasan

0 Ulasan