Kerajaan P. Pinang mesti bertanggungjawab isu video George Town Festival - Muslimat PAS


Berikut adalah kenyataan media Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang berhubung isu video promosi Georgetown Festival:

Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang terkilan dengan video promosi Festival Georgetown 2024 yang bakal berlangsung pada 19/7/2024 hingga 28/7/2024 kerana dalam video tersebut tiada langsung memaparkan sisi budaya kaum Melayu.

Intipati video tersebut walaupun telah dipadam, jelas hanya menonjolkan seni budaya dari kaum Cina dan India justeru mendatangkan persoalan yang mana, adakah perkara ini disengajakan kerana umum mengetahui bahawa kaum Melayu juga adalah salah satu entiti dalam kemajmukan rakyat Malaysia.

Perkara ini bagi kami amat mendukacitakan kerana program sempena Hari Pengisytiharan Georgetown sebagai kawasan Warisan Dunia oleh UNESCO adalah untuk meraikan kebudayaan tempatan, tetapi malangnya  kebudayaan Melayu tidak diketengahkan seolah-olah di Georgetown tiada komuniti Melayu.

Oleh itu, besar harapan kami, agar kerajaan Pulau Pinang bertanggung jawab sepenuhnya ke atas perkara ini bagi menjamin kedudukan istimewa kaum Melayu di Malaysia dan Pulau Pinang khususnya, seterusnya menjaga keharmonian kaum di negara ini.

NURUL KHALIDAH YUSOP
LAJNAH KESENIAN, KEBUDAYAAN
DAN REKREASI
DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PULAU PINANG





Catat Ulasan

0 Ulasan