Cukup 3 kali takbir, Jailani dinobat pemimpin Isley - Puad


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan kemasukan ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dalam PAS.

Berikut adalah hantaran Facebook beliau:

Betulkah ADUN Rembia sudah sertai PAS lebih awal sebelum Akta Anti Lompat Parti lulus di DUN Melaka? Atau PAS tipu melalui “backdated?”

Cara PAS umum keahliannya seperti sambut anak menantu. Umum di Parlimen. Mustahil kalau sudah lama Pas tidak diumum seperti di Parlimen.

PAS takut kerusi Rembia akan diisytihar kosong. Sebab itu backdated? Maka PN tidak perlu bising-bising dan pakai lilit putih di lengan memprotes enam kerusi Parlimen tidak diistihar kosong.

Jailani asal UMNO. 2018 dia menang atas tiket PKR. Mac 2020 sokong PN. Tahun 2021 sertai UMNO. PRN 2022 tanding atas tiket UMNO. Kemudian buat hal kerana tidak dilantik semula sebagai Exco.

Maka tindakan UMNO menggantung keahlian Jailani tepat. PAS ambillah dia. Cukup dengan takbir tiga kali dia akan dinobat sebagai pemimpin Isley.



Catat Ulasan

0 Ulasan