Lim Guan Eng jangan kurang ajar - Akmal


Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mengingatkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng supaya jangan kurang ajar.

Menurut beliau, polisi Kementerian Pendidikan yang melarang syarikat arak menaja program di sekolah adalah untuk menjaga sensitiviti agama dan bangsa di negara ini.

Akmal turut mengingatkan Guan Eng dan DAP bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan majoriti rakyat berbangsa Melayu serta beragama Islam.

"Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bercakap atas kapasiti sebagai menteri yang menjaga undang-undang yang telah ditetapkan dan juga sebagai seorang menteri Melayu Islam!!
 
"Nasihat saya kepada kamu, tolong jangan kurang ajar," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Terdahulu, Guan Eng yang sedang berdepan kes mahkamah skandal banglo mengingatkan Fadhlina bahawa beliau bukan 'Menteri Pendidikan PAS'.

Guan Eng juga meminta Fadhlina supaya tidak terikut-ikut nada Dr Akmal dalam isu larangan tajaan syarikat arak di sekolah vernakular.



Catat Ulasan

0 Ulasan