Pemandu pikap rempuh dua kereta depan HKL positif dadah

 


Berikut adalah kenyataan media Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh mengenai kemalangan melibatkan tiga kenderaan di depan Hospital Tuanku Azizah Kuala Lumpur:

Pada 04/07/2024 jam lebih kurang 1730hrs telah berlaku kemalangan melibatkan (3) buah motokar di pintu masuk hadapan Hospital Tuanku Azizah Kuala Lumpur seperti yang tular di pautan berikut:

https://www.Facebook.Com/Share/v/Xjerk2embx7xbw54/?Mibextid=Ofdknk

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pengadu yang memandu sebuah motokar jenis Perodua Bezza dan sebuah lagi kenderaan jenis yang sama melalui pintu hadapan Hospital Tuanku Azizah Kuala Lumpur telah dilanggar secara tiba-tiba dari arah belakang oleh suspek yang memandu motokar kenderaan pacuan 4 roda. 

Suspek bersama pemandu yang terlibat mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan Hospital Kuala Lumpur.

Hasil pemeriksaan saringan awal air kencing didapati suspek positif dadah methamphetamine, ketamine, benzo (nimetazepam) dan syabu. 

Pada 5/7/2024 suspek telah dituduh di Mahkamah Trafik, Jalan Duta di bawah Seksyen 44 (1A) APJ 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah. 

Keputusan pertuduhan suspek tidak mengaku bersalah dan dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM8,000 dan 2 orang penjamin serta dikehendaki melaporkan diri dua kali sebulan di Balai Polis berhampiran hingga kes selesai.




Catat Ulasan

0 Ulasan