Orang UMNO janganlah malu dilabel UMDAP

 

Gambar hiasan: FB Zahid Hamidi


Ramai orang UMNO yang tak suka dengan label UMDAP yang dilemparkan oleh parti lawan terhadap mereka. 

Pelik juga sebab tiada salahnya dengan gelaran UMDAP. UMNO dan DAP sudah jadi sahabat sejak Kerajaan Perpaduan ditubuhkan selepas PRU15.

Sepatutnya orang UMNO tidak berasa malu dilabelkan sebagai UMDAP. Ia merupakan satu pengiktirafan terhadap hubungan antara dua parti yang saling bercakaran sebelum ini.

Hakikatnya, sebahagian besar akar umbi masih belum dapat menerima hubungan persahabatan dengan DAP. Buktinya dapat dilihat semasa kempen PRK DUN Nenggiri dan enam PRN.

Boleh dikatakan, hamppir tiada jentera DAP dilihat berkempen di kawasan UMNO dan begitu juga sebaliknya. Kalau ada pun, jarang-jarang.

Dalam hal ini, orang UMNO sepatutnya mengubah pemikiran mereka yang selama ini menolak DAP.

Mulakan dengan membenarkan jentera dan pemimpin-pemimpin DAP membantu kempen BN pada PRK DUN Mahkota bulan depan.

Tunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO benar-benar ikhlas dalam persahabatannya dengan DAP. Bukan sekadar untuk menjadi menteri dalam kerajaan sahaja.

Lagi pun apa yang orang UMNO nak malukan. Semua parti-parti politik utama di Malaysia pernah berkawan dengan DAP.

Jadi, janganlah malu dan melenting bila disindir dengan gelaran UMDAP. Kalau orang UMNO sendiri tak suka dengan gelaran UMDAP, rakyat lagilah susah nak terima.

Jiwa Merdeka



Catat Ulasan

0 Ulasan