Lubang benam: Puad minta Menteri Wilayah jangan main sorok-sorok

Gambar: FB Zaliha Mustafa

Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa diminta berfikir di luar kotak bagi meredakan kebimbangan rakyat mengenai isu tanah jerlus di Kuala Lumpur.

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pakar geologi menyatakan bahawa sebahagian besar permukaan Kuala Lumpur didasari oleh batu kapur yang rapuh, mudah larut dan berongga. 

Menurut beliau, hujan, banjir dan kegagalan utiliti bawah tanah punca banyak lubang benam di Kuala Lumpur dan keadaan diburukkan lagi dengan aktiviti penggerudian dan pembangunan serta sistem penyelenggaraan infrastruktur yang lemah.

"800 penduduk Pangsapuri Malayan Mansion Jalan Masjid India bimbang tragedi lubang benam berlaku lagi. Ini kerana jaraknya cuma 50 meter daripada tempat kejadian itu berlaku.

"Sebab itu menteri jangan duduk diam atau main sorok-sorok. Datang sekali dua tidak cukup. 

"Penduduk sekitar dan rakyat Malaysia patut mendapat maklumat terkini mengenai ancaman lubang benam atau sinkhole," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mohd Puad menyarakan agar kerajaan melaksanakan kajian pakar ancaman lubang dalam, sistem penyelenggaraan utiliti bawah tanah dan perancangan jangka panjang memindahkan ibu kota ke lokasi baharu.


Jiwa Merdeka




Catat Ulasan

0 Ulasan