UMNO jangan biarkan Najib sepi sendirian di sebalik tirai besi

 


Tanpa disedari, sudah 731 hari berlalu sejak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang banyak menabur jasa kepada rakyat dan negara dipenjarakan.

Setakat ini, masih belum ada khabar gembira mengenai perintah tahanan di rumah terhadap Bossku.

Dalam kemeriahan Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini, Najib bersendirian di penjara.

Namun, pentadbir laman Facebook Najib Razak hari ini sempat menitipkan kata-kata yang membayangkan keluh-kesah Najib di sebalik tirai besi:

731 hari tiba dan telah berlalu pergi.

Hari bersilih ganti, minggu demi minggu. 

Kini sudah 731 hari.

Dari senja ke subuh. 

Dalam kegelapan, kesepian.

Menanti sinar cahaya pertama di luar jendela.

Diterangi doa, ibadat dan zikir mu Ya Allah.

Merenung bertanya.

Apakah benar dunia ini ada keadilan?

Apakah benar dunia ini ada belas kasihan?

Bila? 

Bila? 

Bila?

Harapan demi harapan. 

Janji demi janji.

Tetapi apakah nilainya? 

Berkata kepada diri.

Di setiap kegelapan pasti ada terang cahayanya.

Di setiap doa selalu akan ada jawapannya.

Di setiap kesusahan Insya-Allah akan dipermudahkan.

Menanti. 

Terus menanti dan berdoa.

Akar umbi UMNO amat berharap pucuk pimpinan bersikap lebih serius dalam mendesak kerajaan untuk mematuhi titah addendum berhubung perintah tahanan di rumah untuk Najib.

Sekiranya mereka terus diberi harapan palsu, tidak mustahil keputusan PRU15 dan enam PRN yang amat memalukan UMNO akan berulang.

Apa gunanya UMNO berada dalam kerajaan sedangkan bekas Presidennya meringkuk di penjara seolah-olah tidak dipedulikan.

Pucuk pimpinan UMNO usahlah beretorik lagi dalam usaha membebaskan Bossku. Akar umbi sudah semakin jelak dengan sikap hipokrit mereka.

Jiwa Merdeka



Catat Ulasan

0 Ulasan