Boo Cheng Hau celopar samakan BN-UMNO seperti pesakit kencing manis

 

Gambar: FB Boo Cheng Hau


Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau menyifatkan BN dan UMNO seperti pesakit kencing manis yang tenat dengan jari-jari kaki menjadi gangren yang perlu diamputasi untuk menyelamatkan nyawanya sebelum sepsis berlaku.

Menurut beliau, PH yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan reformasi yang berani seperti amputasi jari-jari kaki gangren yang telah menyelamatkan bukan sahaja UMNO malah negara daripada kemusnahan.

Sehubungan itu, Cheng Hau menggesa Timbalan Pengerusi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed menarik balik desakannya agar PH meminta maaf kepada BN selepas kemenangan besar gabungan parti itu ppada PRK DUN Mahkota Sabtu lalu.

“BN-UMNO juga harus berterima kasih kepada PH, yang umpama seorang pakar bedah yang berhasrat baik dan cekap melakukan pembedahan amputasi jari kaki gangren dan menyelamatkan nyawa pesakit kencing manis yang tenat.

“Pesakit kencing manis yang tenat adalah BN-UMNO yang sepatutnya berterima kasih kepada PH, pakar bedah yang menyelamatkan nyawanya.

“Selain itu, kerjasama PH dengan BN-UMNO adalah bersyarat, iaitu BN-UMNO perlu berazam untuk melakukan reformasi terhadap diri sendiri dan institusi-institusi negara, seperti pesakit kencing manis tenat yang sanggup mematuhi preskripsi, nasihat dan diet ditentukan oleh doktor kerana jika tidak, BN-UMNO terpaksa berdepan dengan keputusan pengundi secara keseorangan pada pilihan raya akan datang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, BN-UMNO yang sebenarnya harus berterima kasih secara terbuka kepada PH dan Anwar kerana telah memulihkan ekonomi yang ‘uzur’ serta ‘menyelamatkan’ nyawa BN.

Cheng Hau menyangkal kenyataan Nur Jazlan bahawa PH mesti sedar bahawa susulan kemenangan besar pada PRK DUN Mahkota baru-baru ini, BN sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada diri sendiri.

“BN-UMNO juga harus bertanggungjawab sepenuhnya atas segala salah urus sosioekonomi dan rasuah yang berleluasa semasa memerintah dengan kuasa yang mutlak sebelum selain meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau mendakwa, kajian yang dijalankan mendapati lebih 14,000 penyokong PH mengundi untuk calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah.


JIWA MERDEKA

TAWARAN HEBAT!!!




Catat Ulasan

0 Ulasan