Nurulhidayah kesal tiada pihak dalam UMNO pertahan Zahid

 

Gambar: IG

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid kesal kerana tiada pihak yang mempertahankan bapanya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan yang dibuat Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Bagan Datuk menyifatkan Shamsul Iskandar sebagai berhalusinasi dan menyindirnya sebagai 'terpaling tahu'.

"Bila seseorang merasakan terpaling tahu dan terpaling hero keluarlah pengakuan halusinasi. 

"Kira sekarang ni kau nak kata kau la korban diri untuk bergabung?” katanya dalam perkongsian Insta Story.

Nurulhidayah mengulas mengenai dakwaan Shamsul Iskandar dalam klip podsiar "Apa Cerita" yang tular melalui media sosial.

Shamsul Iskandar mendakwa beliau diarahkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak mencabar kemenangan tipis lawannya, Ahmad Zahid.

Beliau merasakan sesuatu yang pelik apabila pengiraan kertas undi di Bagan Datuk masih belum muktamad sehingga lewat malam, walaupun jelas beliau bakal menewaskan Ahmad Zahid di kubu kuat Presiden UMNO itu.

“Saya dapat panggilan telefon Anwar pada 2.30 pagi,” katanya ketika ditanya mengenai kemenangan tipisnya sebanyak 348 majoriti di Bagan Datuk.

"Ketika itu, saya cakap, kita mesti lawan. Kita kena pastikan kita kira betul-betul. Undi rosak pun dekat 800. Macam mana pulak, saya kalah 348 (majoriti). Kita mahu terus lawan," jelasnya.

Bagaimanapun, Shamsul Iskandar berkata, Anwar tidak mengambil pendirian yang sama.

"Dia (Anwar) telefon, dia kata, ‘Okay saya kagum dengan anda punya kerja kuat di Bagan Datuk dan sebagainya. Tapi Sam, kita nak tubuh kerajaan. Zahid telah pun keluar surat tanda tangan untuk menubuhkan kerajaan’," katanya.

Nurulhidayah berkata, Barisan Nasional (BN) dan PKR boleh membuat permohonan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat dakwaan Shamsul Iskandar.

"Betul la kadang tu perangai (Ketua Pemuda UMNO) Datuk Dr Akmal Saleh sound manusia-manusia yang cakap besar dalam gabungan ni. Lepas tu sentap.

"Kalau macam tu BN dan PKR boleh keluarkan surat untuk mohon SPR siasat dan saman kau sebab kenyataan bodoh kau ni," katanya.



JIWA MERDEKA 



Catat Ulasan

0 Ulasan