PAS jangan hipokrit kata cuti Sabtu Ahad peninggalan penjajah - Puad

 


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meminta PAS Johor jangan bersikap hipokrit dengan mendakwa cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad adalah peninggalan penjajah.

Menurut beliau, banyak peninggalan penjajah terutamanya dalam sistem politik dan pentadbiran negara yang diterima dan diguna pakai oleh PAS.

Mohd Puad memberitahu, walaupun Perlembagaan Persekutuan yang dirangka oleh Lord Reid boleh dianggap sebagai peninggalan penjajah, itu tidak menyekat syiar dan syariat Islam daripada berkembang pesat.

"Islam tetap agama Persekutuan. Sebab itu PAS tidak berani mendakwa Malaysia negara sekular. 

"Justeru kenapa politikkan isu cuti hari Ahad? Ia tidak membabitkan akidah seseorang," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau menambah, sudah berkurun umat Islam melaksanakan ibadah puasa pada waktu bekerja. 

Mohd Puad berkata, pejabat tidak perlu ditutup sepanjang bulan Ramadan. 

"Apa guna cuti jika tidur sehingga terlepas solat Jumaat?" soalnya sambil meminta PAS jangan memutarbelitkan perkara tersebut selagi maslahah Islam terpelihara.

Kelmarin, Yang Dipertua PAS Johor, Dr Mohd Mazri Yahya berkata, cuti hujung minggu di Johor yang ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025 seperti yang diumumkan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail adalah peninggalan penjajah.

Sambil menyatakan pendiriannya yang bersetuju dengan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang membantah cuti mingguan di Johor ditukar semula, beliau berkata, Jumaat sepatutnya diutamakan.

JIWA MERDEKA 


Catat Ulasan

0 Ulasan