Tangkap layar daripada video tular dalam media sosial |
Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua meminta maaf atas insiden pengibaran bendera China pada malam perarakan Sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan, Perak semalam.
Beliau berkata, perbuatan itu dilakukan oleh rombongan dari China dan mereka bukan rakyat Malaysia.
Boon Hua menambah, tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak sesekalipun dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihaknya yang mengelolakan Sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia.
"Sambutan Guan Gong Sedunia adalah merupakan program yang telah berlangsung melebihi banyak tahun dan dianjurkan dari Johor ke Kedah dalam pada itu dan Perak merupakan salah satu stesen yang terlibat.
"Dalam setiap program sambutan ini di pelbagai negeri, pihak pengelola akan mengibarkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang sebagai simbol patriotisme. Perarakan dan sambutan di Teluk Intan, Perak adalah tidak terkecuali daripada itu.
"Sebagai pihak pengelola, saya sekali lagi memohon maaf atas insiden tersebut dan akan meneliti segala aspek yang perlu diperbaiki demi menjayakan program tersebut," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam video yang tular melalui media sosial, dapat dilihat sekumpulan individu mengibarkan bendera China di pekarangan Menara Condong Teluk Intan.
Insiden tersebut mengundang perasaan kesal netizen yang seterusnya mempersoalkan kewajaran mengibarkan bendera negara asing di Malaysia.
Jalur Gemilang dan bendera Perak turut dikibarkan pada program tersebut. |
0 Ulasan