Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel - Tun M

 


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel malah menyifatkannya sebagai negara haram.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau hari ini:

1. Malaysia tidak pernah iktiraf Israel.

2. Israel memang negara haram.

3. Tetapi jikalau Israel iktiraf Palestin, Palestin akan iktiraf Israel.

4. Arafat bersetuju. Kita juga setuju.

5. Tetapi hingga sekarang, Israel tidak iktiraf Palestin.

6. Hanya iktiraf Palestine Authority (Penguasa Palestin)

7. Sepanjang masa kita iktiraf negara Palestin.

8. Kita terima Duta Palestin.

9. Jangan samakan persetujuan menerima cadangan dua negara dengan pengiktirafan Israel.

10. Israel sebenarnya tidak wujud kerana ditubuh secara haram tanpa plebiscite (pungutan suara) di kalangan penduduk Palestin seperti yang Malaysia adakan di Sarawak, Sabah dan Singapura.

11. Tidak pernah saya “Ia kan” adanya Israel atau haknya untuk kawal keselamatannya.


JIWA MERDEKA





Catat Ulasan

0 Ulasan