Berikut adalah kenyataan media, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini:
1. Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Jeffrey Kitingan dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Pemuda GRS tempoh hari.
2. Sebagai seorang individu yang menghormati prinsip demokrasi, saya berpendapat ucapan Jeffrey Kitingan berunsur hasutan, retorik murahan dan hanya menjatuhkan kredibiliti beliau sendiri.
3. Saya tahu Jeffrey Kitingan sedang berusaha menjadi hero di dalam parti GRS yang sedang tenggelam namun tidak berjaya.
4. Adalah menjadi hak Barisan Nasional untuk bertanding dan membawa aspirasi rakyat. Sejarah tidak pernah lupa bahawa Jeffrey Kitingan juga pernah menjadi ahli Barisan Nasional suatu masa dulu.
5. Beliau dengan sewenang-wenangnya menuduh orang lain sebagai pengkhianat sedangkan beliau sendiri adalah pengkhianat terbesar di Sabah.
6. Bukan hanya dikenali ramai sebagai pengkhianat dengan melompat-lompat parti, malah mengkhianat darah daging sendiri apabila beliau melawan abangnya sendiri pada PRU14 yang lalu kerana ketamakan kuasa.
6. Sebagai seorang pemimpin, adalah lebih baik Jeffrey Kitingan fokus kepada perkara lebih besar & utama di parti GRS beliau sendiri seperti skandal rasuah yang tular melibatkan Ketua Menteri Sabah dan ADUN-ADUN GRS.
7. Momokkan ‘Rumah kita, kita jaga’ yang dilaung-laungkan GRS adalah satu penghinaan kepada rakyat Sabah kerana rumah yang mereka jaga hampir musnah dek perbuatan meminta dan menerima rasuah.
8. Rakyat Sabah melihat skandal rasuah ini yang melibatkan hampir kesemua ahli kabinet dan pemegang jawatan di dalam GRS seakan satu sindiket untuk mencuri dan menipu rakyat Sabah.
9. Adakah Jeffrey Kitingan sedar bahawa pemimpin GRS yang mempunyai kuasa, yang membincang agihan keuntungan, yang terperangkap dalam video adalah pemimpin GRS sendiri dan bukan UMNO.
10. Ini sebenarnya pengkhianatan yang merosakkan dan menghancurkan masa depan Sabah.

0 Ulasan