Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meramalkan, Bersatu akan bungkus atau kalah teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti.
Berikut adalah hantaran Facebook beliau, hari ini:
Menurut Muhyiddin, Bersatu belum putuskan berapa jumlah kerusi parti itu akan tandingi di PRN Sabah tahun hadapan.
Bersatu sukar mencari poster boy di PRN Sabah. Bersatu satu satunya parti yang bermula dengan ADUN lompat. Parti itu dapat “YB Percuma” kerana mereka “pelarian” daripada parti asal.
Semua ADUN Bersatu di Sabah asal dari UMNO. Kini mereka masuk GRS dan tinggalkan Bersatu terkontang-kanting. Begitu juga di semenanjung. Pemimpin utama Bersatu dokongan pelarian politik dari UMNO.
Berbanding semenanjung, di Sabah parti Pas tidak kuat untuk melindungi Bersatu. Kecuali Bersatu dapat rakan strategik baru, dijangka Bersatu akan bungkus di PRN Sabah kali ini. Sebab itu jangan bergantung dengan pelarian.

0 Ulasan