Hospital Bersalin Razif nafi tidak benarkan kebumi mayat bayi


Berikut adalah kenyataan penuh Hospital Bersalin Razif hari ini bagi menjawab isu kematian seorang bayi yang tular dalam media sosial:

Hospital Bersalin Razif (HBR) ingin menjelaskan semua tuduhan yang telah tersebar di media sosial baru-baru ini.

Pesakit ini mendakwa bahawa kehamilannya adalah yang pertama. 

Dia datang ke HBR dalam keadaan sedang meneran. 

Dia tidak pernah menjalani pemeriksaan antenatal sepanjang kehamilannya dan hanya memantau kehamilannya dengan mengunakan aplikasi telefon bimbit. 

Beliau dibawa ke hospital oleh 'suaminya'. 

Disebabkan kesakitan bersalin yang kuat, beliau dihantar dari kereta ke bilik pemeriksaan mengunakan kerusi roda untuk pemeriksaan segera.

HBR terpaksa menerimanya atas dasar kemanusiaan walaupun tidak berdaftar (booking) dan saringan. 

Dia terus dibawa ke bilik bersalin dan melahirkan hampir serta-merta. 

Bayinya mengalami sindrom siclop yang hanya mempunyai satu mata, hidung tiada dan dubur tidak terbentuk. 

'Suami' tersebut tidak menemani dia semasa bersalin.

Doktor menerangkan kepada 'suami' mengenai keadaan bayi dan memberitahu untuk 'azan'. 

Suntikan rutin diberikan kepada bayi dan rujukan telah dirancang. 

Bagaimanapun bayi tersebut meninggal beberapa minit kemudian.

Permit pengebumian telah ditandatangani dan doktor memaklumkan kepada 'suami' untuk menguruskan pengebumian pada keesokan harinya. 

'Suami' telah meninggalkan hospital dengan alasan dia perlu pergi ke tempat lain.

Pesakit tersebut berada dalam keadaan baik dan dibenarkan keluar hospital pada keesokan harinya. 

Pada hari berikutnya, dia memaklumkan bahawa dia tidak dapat melangsaikan bil keseluruhan sebanyak RM 2,480. 

Dia kemudian diberitahu bahawa dia boleh menguruskan pengebumian dahulu sebelum membayar bil. 

Dia kemudian berkata 'suami' akan menguruskan pengebumian tersebut. 

Maka HBR menunggu dia untuk membawa bayi tersebut untuk dikebumikan.

Hari hari berlalu HBR terus mengingatkan dia untuk menguruskan pengebumian, tetapi dia terus berkata bahawa 'suami' yang akan menguruskan. 

Dia dilayan dengan baik oleh kakitangan wad, diberikan kaunseling dan makanan percuma. 

'Suami' datang melawatnya selama beberapa minit sekali setiap 2 hingga 3 hari. 

Percubaan untuk bercakap dengan suami mengenai pengebumian tidak berjaya. 

Pihak pengurusan HBR berbincang dengan pesakit untuk mendapatkan Polis membantu menguruskan pengebumian, tetapi dia merayu supaya tidak melibatkan pihak polis. 

Dia terus berkata bahawa semua keputusan perlu dibuat oleh 'suami'. 

HBR cuba mendapatkan maklumat ahli keluarganya tetapi dia enggan memberikannya kepada sesiapa. 

Dia mendakwa tinggal di bilik sewa bersama 'suami. 

Dia tidak mempunyai saudara- mara atau rakan rakan berhampiran.

HBR kekal komited terhadap ketelusan dan pematuhan dalam semua urusannya.


BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan