Cukai taksiran naik 25%, kerajaan Selangor parasit?

 


Berikut adalah kenyataan media Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar hari ini:

1. Keangkuhan Kerajaan Negeri Selangor yang tetap mahu melaksanakan kenaikan cukai taksiran bermula 1 Januari ini merupakan suatu tindakan gopoh dan sungguh menyusahkan rakyat. Apakah yang membuatkan kerajaan terburu-buru melaksanakan dasar sebegini, sedangkan realitinya kesihatan kewangan rakyat masih kritikal?

2. Tahun 2024 memperlihatkan keadaan ekonomi rakyat semakin memburuk. Rakyat bukan sahaja ditekan habis-habisan dengan pengenalan cukai-cukai yang sangat membebankan, bahkan, beberapa subsidi yang sebelum ini sangat membantu meringankan beban rakyat telah dihapuskan. Lebih buruk lagi, situasi ini mencetuskan ketidaktentuan harga barangan yang sudah tentu semakin menghimpit kehidupan rakyat.

3. Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan menyatakan, kesemua 11 PBT di Selangor akan mendapat lebihan kutipan cukai taksiran RM355 juta selepas kenaikan 25 peratus. Namun, jika diteliti ucapan Menteri Besar sewaktu membentangkan Belanjawan Selangor 2025 pertengahan Nov lepas, tindakan menaikkan cukai taksiran ini adalah suatu tidak tindakan yang tidak wajar buat masa ini.

4. Dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2025 tersebut, Menteri Besar bangga menyatakan Kerajaan Negeri Selangor mampu menambah rizab semasa negeri sebanyak RM751.46 juta. Bahkan rizab terkumpul pula sebanyak RM4.37 billion. Apa yang mahu dibuktikan kepada rakyat jika masih terus memerah wang rakyat? Adakah dasar kenaikan cukai taksiran ini membuktikan Kerajaan Negeri Selangor tidak pandai mencari sumber pendapatan, hanya mengharapkan hasil premium tanah dan cukai daripada rakyat untuk meneruskan survival? Adakah rakyat masih mahu mempertahankan kerajaan sebegini?

5. Justeru, demi kehidupan rakyat Selangor yang lebih baik, Dewan Pemuda PAS Selangor mendesak kerajaan untuk menilai semula dasar kenaikan cukai taksiran sehingga 25 peratus ini dengan mencari jalan penyelesaian yang lebih holistik bagi meringankan beban rakyat. Kita tidak mahu Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Dato' Seri Haji Amirudin bin Shari digelar kerajaan parasit yang hanya mampu hidup di atas kesusahan pihak lain semata-mata.


BACA LAGI




Catat Ulasan

0 Ulasan