Sikap dan kenyataan pimpinan DAP tidak lain hanya menampakkan sisi ekstrem parti itu yang cuba berselindung di sebalik hujah keharmonian kaum.
Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkata, jika umat Islam membuka mata dengan melihat sejarah serta segala tindak-tanduk DAP, maka pasti mereka akan sedar bahawa ini bukan sekadar isu politik tetapi merupakan jarum-jarum halus yang disusun secara berstrategi untuk mencapai cita-cita sekular mereka.
"Cukup dengan apa yang telah ditunjukkan oleh Lim Guan Eng, Nga Kor Ming dan Hannah Yeoh untuk kita simpulkan bahayanya kesan kuasa politik di tangan DAP.
"Adakah begitu lemah pemimpin dan umat Islam di Malaysia sehingga DAP dengan sewenangnya boleh mengajar Islam mengikut ideologi mereka?
"Sesungguhnya batasan syarak tidak boleh dilanggar sesuka hati. Umat Islam tidak boleh berdiam diri, kesucian agama serta keharmonian negara ini perlu kita bela," katanya yang juga ADUN Sungai Burong dalam hantaran Facebook, hari ini.
Check out Sumatraa Rendang Ayam Aki 170g Tradisional Malaysia Cuisine Ready-To-Eat Food Resipi Ibu for RM11.90. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/8AG6YyyGBq?share_channel_code=1 |
0 Ulasan