Fadhli Shaari minta maaf kepada Nga Kor Ming

 


Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari meminta maaf kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Berikut adalah hantaran Facebook beliau hari ini:

Tahun lepas saya sudah bertanya kepada YB Menteri ini berhubung perjuangan datuknya yang dia sendiri nyatakan sebagai perajurit. Soalan saya ialah, di sebelah mana datuknya berjuang yang dikatakan sebagai perajurit itu.

Sehingga tahun ini, soalan saya itu tidak dijawab walaupun Malaysiakini melaporkan bahawa pihak YB Menteri sudah dihubungi untuk memberikan respon. Tiada sebarang laporan berhubung respon yang diminta.

Jadi, saya simpulkan bahawa soalan saya itu susah untuk dijawab. Susah boleh jadi kerana data perjuangan datuknya hilang semasa pertempuran hebat menentang penjajah, atau butiran penting itu tidak disimpan di negara ini dan ada di negara lain, itu kita tidak pasti.

Jadi, saya mohon maaf kepada YB Menteri kerana mengutarakan soalan yang susah itu. Minta maaf kerana menyusahkan YB Menteri. 

Semoga YB Menteri dapat terus bekerja dengan baik bagi memastikan semua perayaan dapat disambut di Kementerian YB Menteri. Mungkin juga termasuk perayaan Hari Raya Korban dan memanggil MP-MP parti YB Menteri beragama Hindu untuk turut hadir memeriahkan, boleh jadi juga. Itu jangkaan saya, bukan cadangan.

Semoga tahun 2025 menyaksikan YB Menteri lebih bertapis dalam berkata-kata dan tidak perlu menggunakan terma-terma berkaitan Islam sekiranya ia lari dari maksud sebenar seperti ‘hadis Nabi’, ‘zakat’ dan juga ‘ajaran sesat’. Dapatkan nasihat dahulu dari kawan-kawan parti sebelah sekiranya sangat perlu ia digunakan.

Jangan melabel parti orang lain sebagai sesat jika YB Menteri tiada pengetahuan tentangnya.

Semoga YB Menteri terus bekerja menaikkan penarafan kementerian YB Menteri daripada tiga bintang kepada empat atau lima bintang. Jika terus kekal dengan tiga bintang, bimbang ia dibaca terbalik. 

Dan terakhir, semoga terus kekal sebagai anggota kabinet kerajaan ini selagi mana kerajaannya kekal. Ini kerana sikap YB Menteri sangat membantu kami di pihak pembangkang memperkenalkan kepada rakyat betapa teruknya kerajaan yang ada ini.

Selamat tahun baru 2025, dan sekali lagi saya mohon maaf. Mohon siarkan permohonan maaf ini di media arus perdana.


BACA LAGI





Catat Ulasan

0 Ulasan