Guan Eng jangan sibuk-sibuk, selesaikan masalah rasuah kamu - Puad

 


Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meminta Pengerusi DAP, Lim Guan Eng supaya jangan 'menyibuk' dalam hal UMNO terutamanya berkaitan himpunan solidariti bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau selaku Ahli MKT mengesahkan bahawa UMNO tidak pernah berbincang atau mahu bekerjasama dengan PAS untuk menganjurkan perhimpunan di Putrajaya 6 Januari ini.

Mohd Puad berkata, UMNO sudah merancang lebih awal sebelum PAS mengeluarkan surat meminta ahli-ahlinya hadir perhimpunan tersebut.

"Oleh itu Lim Guan Eng perlu duduk-diam dan jangan sibuk-sibuk. Kamu selesaikan masalah rasuah kamu. 

"Kamu kata perhimpunan itu boleh mengancam perpaduan Kerajaan Madani, tetapi menyembunyikan titah addendum itu lagi kuat mengancam masa depan Kerajaan Perpaduan," katanya dalam hantaran Facebook, semalam.

Media melaporkan Guan Eng membidas UMNO dalam sidang media di Pulau Pinang semalam.

Beliau berkata, himpunan bersama PAS itu  akan menimbulkan keraguan tentang keikhlasan UMNO menjadi rakan kongsi dalam Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, dalam hantaran Facebook hari ini, Mohd Puad meminta Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan mengapa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membeli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada harga yang lebih mahal.

Menurut beliau, kerajaan belum menjawab persoalan itu.

"Tahun 2023 KWSP jual 163.4 juta sahamnya dalam MAHB dengan harga antara RM5.40-RM7.36. Tetapi tahun 2024 KWSP beli balik saham MAHB dengan harga RM11.

"Tindakan KWSP iaitu jual murah dan beli balik dengan mahal tidak sampai setahun akan menyebabkan KWSP rugi antara RM 595 juta-RM915 juta. Ia merugikan pencarum KWSP iaitu rakyat," jelasnya.

Mohd Puad berkata, Hong Leong Investment Bank iaitu penasihat bebas pemegang saham MAHB membantah. 

"Bahkan kelima-lima ahli lembaga pengarah bebas MAHB mendakwa harga tawaran RM11 tidak adil dan undervalued. Menteri Ekonomi tolong jawab," katanya.


BACA LAGI




Check out Sumatraa Rendang Ayam Aki 170g Tradisional Malaysia Cuisine Ready-To-Eat Food Resipi Ibu for RM11.90. Get it on Shopee now!
https://s.shopee.com.my/8AG6YyyGBq?share_channel_code=1 




Catat Ulasan

0 Ulasan