PAS tak tunggang isu Najib - Fadhli

 


Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menafikan PAS menunggang isu titah addendum tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, PAS hanya ingin menegakkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

"DS Najib berhak mendapat tahanan di dalam rumah jika benar wujudnya titah addendum, itu sahaja. 

"Bahkan ketika ada seorang banduan pada tahun 2018 yang mendapat pengampunan diraja pada masa itu, PAS tidak persoalkan sebab dia berhak," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Ahmad Fadhli menjawab tuduhan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Abdul Samad yang mendakwa PAS hanya ingin menunggang isu Najib.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Khalid memberi perhatian terhadap tugasnya menerajui KADA.

"Saya pun berminat nak tahu apakah misi dan visi Tuan Haji Khalid Samad di KADA pasca banjir sekarang ini. Saya sedia duduk semeja jika sudi menjemput," katanya.


APA ITU TITAH ADDENDUM?






Check out BoBoCat DMG Immune Booster Supplement Cat Vitamin Kucing Ubat Selsema Kucing Ubat Bulu Gugur Gemukkan Kucing 10mL Vetri for RM36.99. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/2fv8Br2yJN 


Catat Ulasan

0 Ulasan