Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menempelak Pengerusi DAP, Lim Guan Eng kerana membidas UMNO yang akan bersama PAS dalam himpunan Solidariti Bersama Najib Razak di Putrajaya 6 Januari ini.
Beliau memberitahu Guan Eng bahawa himpunan tersebut tiada kena mengena dengan Kerajaan Perpaduan.
Dr Akmal berkata, himpunan itu hanyalah untuk solidariti bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Ini bukan himpunan seperti himpunan Bersih yang kamu buat sampai huru-hara terbalik kereta dan saya nak bagitahu juga kepada Lim Guan Eng kamu siapa nak bidas UMNO?
"Kamu siapa nak arahkan UMNO? Lagi kuat kamu bidas UMNO, saya janji lagi ramai orang akan turun berhimpun pada 6 hari bulan ini.
"Kepada kawan-kawan di luar sana, dia dah mula, tunggu apa lagi? Kita jumpa pada 6 hari bulan ini. Lagi kuat, lagi ramai kita datang. Kita tunjukkan pada dia," katanya seperti dalam rakaman video yang disiarkan melalui Facebook hari ini.
Media melaporkan Guan Eng membidas UMNO dalam sidang media di Pulau Pinang hari ini.
Beliau berkata, himpunan bersama PAS itu akan menimbulkan keraguan tentang keikhlasan UMNO menjadi rakan kongsi dalam Kerajaan Perpaduan.
Guan Eng juga membidas Dr Akmal kerana mempersoalkan sama ada pengampunan diraja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018 telah melalui Lembaga Pengampunan.
Check out BoBoCat DMG Immune Booster Supplement Cat Vitamin Kucing Ubat Selsema Kucing Ubat Bulu Gugur Gemukkan Kucing 10mL Vetri for RM36.99. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/2fv8Br2yJN |
0 Ulasan