Berikut adalah kenyataan media Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amir Hadi hari ini:
MUDA mengutuk penahanan reman yang dibuat k eatas aktivis, Fahmi Reza, yang kini ditahan di Balai Polis Penampang, Sabah, berkaitan poster satira beliau yang mengkritik pelantikan Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baru.
Amatlah mengecewakan, Fahmi Reza disiasat dibawah Akta Hasutan, serta Akta Komunikasi dan Multimedia yang selama ini telah dilawan oleh orang sama yang kini berada di bangku kuasa. Mereka lupa bagaimana undang-undang ini telah digunakan bagi menekan suara rakyat melawan kezaliman dan salah guna kuasa.
Ironinya, selepas mereka berkuasa, walaupun selama bertahun-tahun mereka berkempen untuk memansuhkan Akta Hasutan jika menang dalam pilihanraya, mereka pula yang terus menggunakan akta ini bagi mendiamkan suara rakyat. Tidakkah mereka malu, di dalam mereka melanggar janji, menahan aktivis, mereka masih berteriak ‘REFORMASI’?
Yang perlu ditangkap bukan seorang aktivis yang melukis satira. Yang perlu ditangkap adalah mereka yang kini terpalit dengan skandal rasuah dan penyelewengan.
MUDA menggesa agar moratorium dilaksana bagi menghentikan penggunaan Akta Hasutan dan #AktaSakitHati, dan seterusnya memansuhkan undang-undang lapuk ini!
MUDA yakin, semangat perjuangan rakyat Sabah melawan korupsi ini, akan turut disambut di Semenanjung dan seluruh negara, dan perlawanan akan diperhebat sehingga mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan, selain tidak ada lagi perasuah-perasuah yang diberi kebebasan sebelum pun berdepan dengan perbicaraan.
Negara ini tidak akan rosak kerana kerana lukisan satira dan suara rakyat, negara ini rosak kerana korupsi.
Bebas Fahmi! Mansuh Akta Hasutan! Lawan korupsi!
Check out BoBoCat DMG Immune Booster Supplement Cat Vitamin Kucing Ubat Selsema Kucing Ubat Bulu Gugur Gemukkan Kucing 10mL Vetri for RM36.99. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/2fv8Br2yJN |
0 Ulasan