Pihak biar isu titah addendum berlarutan lagi kuat main politik daripada PAS - Puad

 


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyindir pihak tertentu yang menyebabkan isu titah addendum tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berlarutan sehingga setahun.

Malah, beliau menyifatkan pihak terbabit lebih kuat bermain politik daripada PAS.

"Banyak pihak mendakwa PAS mahu meraih manfaat politik kerana minta ahlinya turun berhimpun di Istana Kehakiman pada 6 Januari 2025 ini. 

"Biarlah kalau PAS mahu main politik pun. Pihak yang menyebabkan titah addendum ini berlarutan sampai satu tahun lagi kuat main politik," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Mohd Puad menambah, UMNO juga tidak kisah apabila Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim meminta ahli-ahli PKR jangan menyertai himpunan Solidariti Bersama Najib.

Menurut beliau, UMNO boleh menguruskannya sendiri dan dijangka 15,000 ahli UMNO hadir dengan berbaju merah.

"UMNO sudah merancang lebih awal sebelum PAS keluar surat," jelasnya.

Mohd Puad turut melihat secara positif sekiranya PAS dapat mengumpulkan 10,000 ahlinya pada perhimpunan tersebut.

"Itu tanda Najib ada aura pada ahli Pas. Kalau ada 100 orang ahli PKR, DAP dan Bersatu datang sudah menggemparkan," katanya.

Beliau berkata, UMNO berhimpun secara aman dan ikut peraturan serta perbincangan sudah dibuat dengan pihak berkuasa. 

"Tidak akan ada pokok bunga DBKL akan rosak, tercabut atau kenderaan polis diterbalikkan seperti ketika BERSIH berhimpun dulu," jelasnya.

Mohd Puad percaya populariti Najib digeruni dan sebab itu sebab itu ada pihak yang ikhlas dan ada yang mahu mempolitikkan titah addendum ikut nafsu masing masing. 

"Pokoknya UMNO tetap bersolidariti dengan Najib," katanya.


APA ITU TITAH ADDENDUM?





Check out Minyak Urut Ginseng Warisan for RM49.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/4AjuOVYd4C 

Catat Ulasan

0 Ulasan