Pemuda Amanah desak Mastura letak jawatan Ahli Parlimen Kepala Batas

 


Berikut adalah kenyataan media Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Kepala Batas, Muhammad Abrar Sadiq Azizi hari ini yang mendesak Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Mastura Muhammad meletak jawatan bagi mengosongkan kerusi tersebut:

Saya mewakili majoriti rakyat di Parlimen Kepala Batas, dengan ini mendesak YB Dr. Ustazah Mastura untuk segera meletakkan jawatan susulan tindakan memalukan yang melibatkan sikap fitnah yang mencemarkan nama baik kawasan ini.

Fitnah yang disebarkan oleh YB bukan sahaja menjejaskan integriti peribadi beliau sebagai seorang pemimpin yang berpendidikan PHD, tetapi juga telah mencalarkan keyakinan rakyat terhadap sistem kepimpinan dan keharmonian masyarakat. Perkara ini amat serius dan memerlukan tindakan segera bagi memulihkan reputasi Parlimen Kepala Batas.

Tindakan beliau telah menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi Parlimen, malah mencemarkan imej kawasan Kepala Batas yang selama ini terkenal dengan prinsip kesederhanaan, ketelusan, dan amanah. Perbuatan memohon derma atas nama Jihad juga dilihat PAS jelas sebagai sebuah parti yang menghalalkan fitnah.

Kami menuntut peletakan jawatan ini bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin baharu melalui pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK). Ini adalah langkah terbaik untuk memastikan suara rakyat kembali didengari, keadilan ditegakkan, dan kepercayaan kepada demokrasi dipulihkan.

Kami berharap YB Dr. Ustazah Mastura mengambil tanggungjawab atas situasi ini dan memberi ruang kepada proses demokrasi yang telus serta adil demi kepentingan bersama.

BACA LAGI





Check out Minyak Urut Ginseng Warisan for RM49.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/4AjuOVYd4C 

Catat Ulasan

0 Ulasan